Posts

Ketenangan

Image
 Semua orang ada cara yang tersendiri bagi menzahirkan ketenangannya. Saya pula menzahirkan ketenangan dengan membaca novel, melepak di Starbucks dan juga mendengar muzik. Muzik juga saya mendengar semua jenis genre muzik. Tidak kira la jazz, hiphop, klasik dan sebagainya. Tetapi untuk lepas mendapatkan ketenangan saya akan datang ke Starbucks untuk saya menikmati kopi yang enak mahupun teh hijau yang lemak berkrim. 

Ragam Manusia

Image
 Dalam hidup ini kita akan tempuhi pelbagai jenis ragam manusia. Ada yang baik dan jahat. Baik dan jahat ragam manusia ini boleh dikategorikan juga kepada pelbagai jenis. Misalnya baik ada makna, baik yang sememangnya dirinya baik, jahat pula jahat sebab balas dendam, jahat demi kebaikan diri dan lain lagi. Tapi satu yang harus kita ingat buat jahat ada balasnya, buat baik juga ada balasannya. Apa-apa berbalik pada diri sendiri dan ingat Allah yang Maha Satu.

Suasana di bilik fisioterapi

Image
Beginilah suasana di bilik fisioterapi yang seringkali pakar fisio  gunakan untuk merawat para pesakit yang hadir ke klinik fisio atau hospital yang menawarkan rawatan fisioterapi

ABDULRAZAK GURNAH

Image
  Hadiah Nobel yang dikenali Nobel Prize merupakan penganugerahan kepada mereka yang telah melakukan penyelidikan yng ulung, mencipta teknik atau radas yang luar biasa atau memberi sumbangan yang utama kepada masyarakat. Hadiah-hadiah Nobel yang umunya dianugerahkan setiap tahun dalam beberapa-beberapa kategori. Antara kategori hadiah-hadiah Nobel ini ialah Hadiah Nobel dalam Fizik, Hadiah Nobel dalam Kimia, Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan, Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan dan Hadiah Keamanan Nobel. Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan merupakan pernghargaan tahunan dan dikurniakan kepada mana-mana pengarang dari pelbagai negara yang telah menghasilkan karya berkecenderungan idealistik yang paling cemerlang dalam bidang kesusasteraan. Akademi Sweden pada setiap tahun akan memutuskan siapa yang bakal menerima hadiah ini mengumumkan pemenangnya pada awal Oktober. Pada tahun 2021, Hadiah Nobel bagi kategori sastera dimenangi oleh Abdulrazak Gurnah. Jelas dapat dilihat bahawa pe

Satu Kejadian

Satu kejadian aneh sentiasa terjadi di mana-mana tempat, sama ada yang nyata mahupun yang ghaib. Pada satu hari ada satu kejadian aneh berlaku pada diri salah seorang ahli keluarga saya (seorang perempuan) di mana dia diganggu oleh satu 'makhluk' di hospital. Kejadian yang menimpa dia agak menakutkan kerana saya mendengar kisah itu ketika saya berusia 10 tahun. Apa yang terjadi kepada ahli keluarga saya itu ialah dia dikacau semasa dia berada di dalam tandas selepas bersihkan diri. Semasa dia bersihkan diri dia merasakan bahawa ada sepasang mata yang memerhati dia akan tetapi dia hanya membiarkan sahaja. Setelah selesai, semasa dia ingin mengikat rambut, rambut dia ditarik umpama direntap dengan begitu kuat sekali sehinggakan dia terhantuk pada cermin di dalam tandas. Selepas pada itu dia cepat-cepat keluar dan dia bernasib baik kerana ketika itu suaminya sampai dan ketika itu juga dia sudah hampir dapat tanda untuk melahirkan anak. Akan tetapi dia trauma dan setiap kali dia ke

Kehidupan

Image
Dalam kehidupan ini, apa yang kita harus percaya hanyalah pada yang Esa, kewujudan perkara-perkara yang ghaib seperti makhluk halus ini tidak seharusnya kita percayai kerana akan mendatangkan kemudaratan yang amat teruk. Mereka yang mengamalkan ilmu syirik ini seharusnya dilaknat kerana menggunakan makhluk halus sebagai perantara mereka bagi menjayakan misi mereka. Allah SWT pasti tidak akan mengampunkan mereka melainkan hamba-Nya bertaubat

Makhluk Halus

 Makhluk halus sememangnya wujud dalam alam nyata ini. Sama ada kita percaya mahupun tidak sahaja. Hanya Allah yang lebih mengetahuinya. Seperti mana yang kita semua tahu, makhluk halus boleh wujud dalam pelbagai bentuk, cara dan pelbagai lagi. Manusia yang mempunyai kelebihan pasti akan tahu kewujudannya, dan manusia seperti ini tahu bagaimana menghapuskan mereka.