INSPIRASI SAYA
Perkenalkan sumber inspirasi saya, iaitu Mama dan Abah. Dua orang insan yang sangat menyokong dalam apa yang saya lakukan. Selalu memberi sokongan yang sangat padu terutamanya dalam pelajaran. Doa dan harapan merekalah menjadi asbab utama saya terus dan terus belajar sehingga sekarang. Saya sangat bersyukur yang saya dilahirkan sebagai anak mereka berdua. Saya dididik dengan penuh kasih sayang, dididik dengan penuh ilmu agama dan dididik dengan penuh kesabaran. Akhir kalam saya akan sentiasa dan selalu mendoakan kesejahteraan mereka agar bahagia dunia dan akhirat dan diberkati Allah sepanjang masa.

Comments
Post a Comment