Secangkir Kopi dan Ilham


 22 Oktober bersamaan 16 Rabiulawal dan merupakan hari Jumaat yang barokah.😍
Hari yang tenang bagi saya. Sebabnya saya dan kawan baik saya pergi menikmati secangkir kopi yang sangat sedap dan aromanya begitu mengasyikkan. Kami sepatutnya keluar bertiga tetapi kawan baik yang seorang lagi ada hal yang tak dapat dielakkan jadi hanya berdua sahaja ke Starbucks sambil buat kerja sambil menikmati kopi yang sangat sedap dan penuh aroma yang menenangkan. 
Pada hari itu saya mencari ilham untuk menghasilkan cerpen yang bakal saya hasilkan demi tugasan yang perlu disiapkan. Starbucks kalau minum di kedai dia lagi best berbanding pandu-lalu sebab kita boleh menikmati aroma kopi yang sememangnya sungguh enak. Saya sememangnya penggemar kopi dari umur 9 tahun dan sehingga sekarang.😋
 

Comments

Popular posts from this blog

Kehidupan

Makhluk Halus