ABDULRAZAK GURNAH


 

Hadiah Nobel yang dikenali Nobel Prize merupakan penganugerahan kepada mereka yang telah melakukan penyelidikan yng ulung, mencipta teknik atau radas yang luar biasa atau memberi sumbangan yang utama kepada masyarakat. Hadiah-hadiah Nobel yang umunya dianugerahkan setiap tahun dalam beberapa-beberapa kategori. Antara kategori hadiah-hadiah Nobel ini ialah Hadiah Nobel dalam Fizik, Hadiah Nobel dalam Kimia, Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan, Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan dan Hadiah Keamanan Nobel. Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan merupakan pernghargaan tahunan dan dikurniakan kepada mana-mana pengarang dari pelbagai negara yang telah menghasilkan karya berkecenderungan idealistik yang paling cemerlang dalam bidang kesusasteraan. Akademi Sweden pada setiap tahun akan memutuskan siapa yang bakal menerima hadiah ini mengumumkan pemenangnya pada awal Oktober.

Pada tahun 2021, Hadiah Nobel bagi kategori sastera dimenangi oleh Abdulrazak Gurnah. Jelas dapat dilihat bahawa perkara ini patut dibangga oleh segenap umat Islam. Hal ini dikatakan demikian kerana beliau mempunyai karya yang sangat berbeza dengan Muslim yang lain. Karya-karya beliau juga dianggap sebagai satu karya yang berketepatan dengan arus kemodenan ini dan karyanya juga mendapat tempat dalam kalangan umat Islam kini. Abdulrazak Gurnah merupakan seorang pengarang yang berasal dari dari Arab Zanzibar dan lahir pada tahun 1948. Beliau mendapat pendidikan sastera Arab dan fasih dalam syair dan prosa Islam klasik iaitu Hikayat Seribu Satu Malam dan juga turut menguasai kisah-kisah nabi dalam al-Quran. Beliau diberi kesempatan semasa penganugerahan ini dengan merakamkan ucapannya dalam sebuah video.

Menurut Abdulrazak Gurnah, menulis merupakan suatu yang menyenangkan. Sejak dari zaman persekolah lagi beliau telah mula melatihkan diri untuk menulis. Beliau akan menulis apa sahaja berdasarkan pelbagai cerita dan fikirannya. Oleh sebab itu beliau merasakan menulis ini sangat menyeronokkan. Apabila beliau menjadi seorang pendidik, beliau cuba bangkitkan semangat ini dalam diri para pelajarnya. Abdulrazak Gurnah berkongsi satu petikan puisi yang bertajuk ‘The Best of School’ dari karya D.H. Lawrence. Beliau menyatakan bahawa dalam puisi ini merupakan gambaran beliau menjadi seorang warga pendidik. Sepanjang beliau menjadi seorang penulis beliau menempuh pelbagai suka dan duka. Beliau juga turut bercerita tentang zaman mudanya yang suka menghabiskan masa dengan membaca buku sehingga lewat malam dan akhirnya ditegur oleh bapanya.

Pada tahun 1964, satu pemberontakan ganas telah berlaku di negaranya dan perkara ini telah memaksa Abdulrazak Gurnah untuk ke negara Britain seawal usia 18 tahun. Maka dengan ini bermulalah episod baharu dalam hidup Abdulrazak Gurnah di negara yang asing baginya iaitu England. Disebabkan beliau terlalu muda beliau terpaksa berhadapan dengan dengan pelbagai konflik kehidupan yang berlaku pada tahun itu. Antaranya ialah pembunuhan, penindasan, pemberontakan dan pelbagai lagi dan perkara ini terjadi disebabkan oleh ingin memenuhi kehendak dan matlamat diri sendiri. Pengaruh penjajah tetap berlaku dan ianya membawa kesan yang amat buruk, disebabkan itulah apabila beliau menulis beliau akan sentiasa mengingatkan masyarakat tentang sejarah buruk yang suatu ketika pernah beliau hadapi. Banyak perkara yang telah terjadi dalam hidup beliau dan ini membuatkan beliau menjadi lebih bersemangat untuk terus menulis apabila beliau berkongsi isu penjajahan dan keganasa yang berlaku ini.

 

 

 


Comments

Popular posts from this blog

Kehidupan

Makhluk Halus