Satu Kejadian

Satu kejadian aneh sentiasa terjadi di mana-mana tempat, sama ada yang nyata mahupun yang ghaib.

Pada satu hari ada satu kejadian aneh berlaku pada diri salah seorang ahli keluarga saya (seorang perempuan) di mana dia diganggu oleh satu 'makhluk' di hospital. Kejadian yang menimpa dia agak menakutkan kerana saya mendengar kisah itu ketika saya berusia 10 tahun. Apa yang terjadi kepada ahli keluarga saya itu ialah dia dikacau semasa dia berada di dalam tandas selepas bersihkan diri. Semasa dia bersihkan diri dia merasakan bahawa ada sepasang mata yang memerhati dia akan tetapi dia hanya membiarkan sahaja. Setelah selesai, semasa dia ingin mengikat rambut, rambut dia ditarik umpama direntap dengan begitu kuat sekali sehinggakan dia terhantuk pada cermin di dalam tandas. Selepas pada itu dia cepat-cepat keluar dan dia bernasib baik kerana ketika itu suaminya sampai dan ketika itu juga dia sudah hampir dapat tanda untuk melahirkan anak. Akan tetapi dia trauma dan setiap kali dia ke tandas hospital dia akan meminta sesiapa sahaja terutamanya anak atau suami atau ahli keluarga lain menemaninya. 

Comments

Popular posts from this blog

Kehidupan

Makhluk Halus